Perkembangan arus kemodenan
mendepani era globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan
yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam
menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diperkenalkan oleh kerajaan supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati
kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan
telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dan memfokuskan kawasan luar bandar. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS luar
bandar telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Antara contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ialah kilang kraf
tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi.
Industri inilah telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara
secara tidak langsung. Walaupun IKS ini bersifat sederhana pendapatanya, tetapi
kepesatan dalam proses perniagaan adalah seiring dengan kemajuan negara.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai
perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan
perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji
kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. (www.e.kamus.dbp.gov.my) IKS juga
adalah komponen yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan sektor
industri ini banyak menyediakan peluang pekerjaan. Berikutan peranan dan
sumbangan besar sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi
negara, kerajaan memfokuskan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar sebagai satu agenda utama negara dan sumber yang penting ke arah
mengubah dasar ekonomi Malaysia kepada dasar ekonomi baru yang berpandapatan
tinggi.Di Malaysia terdapat pelbagai peluang
usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.Untuk
menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan
lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga
memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.
Dalam
konteks penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan, perkara pokok yang
menjadi tumpuan perbincangan ialah berkenaan dengan tahap penyertaan.
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penyertaan komuniti dalam bidang
keusahawanan terutamanya di kawasan luar Bandar adalah masih rendah. Faktor-faktor
ini perlu dikenal pasti dan diteliti memandangkan bidang keusahawanan bakal
memberikan impak yang besar dan mampu membawa perubahan terutamanya kepada
perkembangan aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan. Oleh sebab itu,
pelaburan dalam bidang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja terutama bagi
mereka yang berkemampuan dari segi modal, kemahiran dan juga kadang-kala kuasa
politik bagi menzahirkan agenda pembangunan tersebut. Namun begitu, penyertaan
komuniti tidak semudah seperti yang diharapkan. Dalam persekitaran sebenar,
ianya dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kekangan. Jika diteliti, anggota
komuniti telah dibiasakan dengan persekitaran dan sistem yang tidak
menggalakkan atau memberikan peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat,
membuat keputusan dan mengambil inisiatif untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
Selain daripada itu, keadaan dan peraturan, nilai dan budaya serta norma dan
amalan tertentu dilihat sudah berakar umbi dalam kehidupan komuniti dan
masyarakat serta berkemungkinan komuniti terbabit mencurigai sesuatu perubahan
yang cuba dilakukan. (www.ukm.my.geografia)
Salah
satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya
penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak
didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu
Produk’. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang
dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil
IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun
keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah
pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para
pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak
datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan.
Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan
dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari
ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk
meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan
ekonomi negara.IKS juga
telah memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah
pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap. IKS membuka banyak peluang
pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan
tukaran wang asing. Selain itu mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih
baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga
kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan
membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing. IKS perlu membuat
jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan dengan sektor swasta dan
sektor awam. Kedua-dua sektor ini adalah pelengkap kepada industri IKS. Tanpa
kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang maju. Hal ini
demikian adalah penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor
industri. Penglibatan IKS yang aktif dan dalam pelbagai sektor juga membolehkan
asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas
sekiranya terdapat penarikan operasi dan pelaburan dari sektor swasta dan awam.
Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka
kepada intensif tenaga buruh dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat
dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Pembuatan barangan makanan, pakaian
dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-kurangnya dapat memenuhi
kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS
juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan
sebahagian besar golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri.
Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri tertentu seperti pembuatan
makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah, pakaian, peralatan
perabot dan seumpamanya. Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru yang
dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu
ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan peniaga
menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi. Dengan
cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang berlipat kali
ganda. Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor
perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian
2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan
bermakna. (www.penerangan.pmr.gov.my)
Halangan Pembangunan Usahawan Bumiputera terdapat beberapa
kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran,
kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan
ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai (Zaidatol dan
Habibah, 1997). Dapatan Humam dan
rakan-rakan (1992) menunjukkan faktor yang sama juga telah menyebabkan
kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan
kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan
keusahawanan. Walaupun sistem pendidikan
secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap Bumiputera ke arah perubahan
positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan Bumiputera yang masih
ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan semangat
bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko
masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha
kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak dilaksanakan, dan
pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di Malaysia (Shahril,
1993). Kementerian Pendidikan juga memainkan peranan penting mewujudkan pelapis
usahawan melalui program seperti Usahawan Muda dan Briged Usahawan (Zaidatol et
at. 1998). Sieh (1990) dalam kajiannya
tentang profil usahawan Malaysia mendapati usahawan menghadapi masalah dalam
bidang kewangan kerana mereka kurang pengetahuan. Pandangan yang sama diberikan
oleh Timmons (1985) apabila beliau mengatakan asas pendidikan keusahawanan
adalah kemahiran teknikal dan kewangan. Memandangkan pesatnya perkembangan
keusahawanan sekarang ini, adalah penting untuk dijalankan kajian bagi mengenal
pasti tahap keupayaan usahawan Bumiputera di Malaysia setelah kerajaan
mempergiat usaha untuk membangunkan keusahawanan. Kemahiran
Usahawan Bumiputera Dalam kajian yang
dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pirie & Habibah Elias (2004),
usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi dalam membentuk hubungan
manusia yang baik, dan membentuk kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan.
Dapatan tersebut menyokong pandangan Fatley (1990) dan McCannon et at. (2000)
yang menyarankan komunikasi berbentuk tulisan dan lisan adalah penting dan
menjadi asas kepada pembentukan kemahiran yang lain di tempat kerja. Womble et
at. (2000) pula mendapati kemahiran interpersonal dan hubungan manusia
merupakan sesuatu yang amat penting di tempat kerja hari ini. Zaidatol et al.
(2000) juga telah mengenal pasti kepentingan kemahiran komunikasi dan hubungan
manusia di tempat kerja untuk kejayaan sesuatu kerjaya. Mereka
juga mendapati kemahiran keusahawanan dalam aspek pengurusan dimiliki oleh
kebanyakan usahawan bumiputera dan keadaan ini amat bertepatan dengan pandangan
Zaidatol et al. (2000) yang mengatakan bahawa perniagaan yang berjaya selalunya
melibatkan beberapa kemahiran yang lain selain daripada aspek fungsian
perniagaan sahaja. Luft (1986) menyarankan prinsip hubungan manusia yang
diperlukan untuk kejayaan kerjaya adalah berkaitan dengan pembentukan konsep kendiri
yang positif, menerima kritikan, menyelesaikan konflik, menangani perubahan,
menangani diskriminasi dan prejudis dan memahami sumber nilai, nilai kendiri
dan menerima nilai orang lain. Usahawan bumiputera didapati mempunyai kemahiran
mengurus dan membentuk hubungan manusia yang baik sebagai kemahiran
keusahawanan yang paling penting dan kedua-dua kemahiran tersebut merupakan
kemahiran yang paling tinggi kebolehan usahawan melaksanakannya. Walau
bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi kebolehan usahawan bumiputera dalam
mengendalikan aspek kewangan dan pemasaran. Walaupun secara keseluruhan
didapati usahawan Bumiputera telah mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan
dan telah mengikuti kursus dalam bidang pemasaran, namun kebanyakan daripada mereka
masih kurang berkeupayaan dalam melaksanakan kemahiran kewangan dan pemasaran
yang mereka sendiri sedar akan kepentingannya.
Satu kajian yang dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie
& Habibah Elias (2004) terhadap usahawan-usahawan Bumiputera yang bernaung
di bawah Dewan Perniagaan Melayu telah mendapati bahawa 55% usahawan Bumiputera
telah pun berkecimpung dalam dunia perniagaan melebihi 10 tahun. Walaupun
perniagaan mereka merupakan perniagaan kecil-kecilan (72% mempunyai pekerja
kurang daripada 20 orang), mereka masih menghadapi masalah utama untuk mengutip
akaun boleh terima, iaitu seramai 61% belum mampu untuk mengatasi masalah
tersebut. Di samping itu juga didapati 61% kurang berkemampuan untuk
menjalankan kajian pasaran, 60% belum begitu mampu menyediakan laporan kewangan
dan seramai 58% kurang berkebolehan untuk menentukan arah aliran produk. Ini
membimbangkan kerana kebanyakan daripada kemahiran perakaunan dan pemasaran
yang dianggap penting untuk kejayaan masih lagi belum dikuasai sepenuhnya oleh
usahawan Bumiputera. Apakah faktor utama yang menghasilkan keadaan ini? Dapatan
juga menunjukkan hanya 26% usahawan telah berpeluang mengikuti latihan
keusahawanan selama enam (6) bulan dan lebih. Kebanyakannya (57%) hanya telah
berpeluang mengikuti kursus keusahawanan kurang daripada (6) bulan. Fenomena
ini mungkin mempengaruhi persepsi mereka terhadap keupayaan melaksanakan
kemahiran keusahawanan terutama dalam bidang pemasaran. Seramai 17% pula tidak
pernah mengikuti latihan langsung dan hanya 44% pernah mengikuti kursus
berbentuk perakaunan atau kewangan. Ilmu pemasaran didapati amat penting untuk
usahawan bumiputera. Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya
mempengaruhi usaha mereka dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya.
Usahawan Bumiputera hendaklah mengoperasikan perniagaannya berlandaskan amalan
pemasaran yang betul. Menurut Zaidatol et at. (1997) terdapat banyak syarikat yang
muflis kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani
keadaan pasaran yang sentiasa berubah. Tambah beliau lagi perniagaan hari ini
hendaklah berorientasikan pemasaran. Syarikat yang ingin membentuk dan
mengeluarkan barangan tanpa mengambil kira kemudahan dan keperluan pelanggan
akan menghadapi masalah. Dengan mengambil kira perkembangan perniagaan secara
global aplikasi konsep pemasaran ini perlu diberi tumpuan yang lebih. Mengikut Drucker (1963) dua fungsi utama untuk sesebuah
perniagaan ialah pemasaran dan inovasi. Pandangan ini juga disokong oleh
Barnes, Pynn dan Noonam (1982) bahawa kebanyakan
firma gagal setiap tahun kerana mereka tidak berupaya untuk menentukan sasaran
pasaran. Ini juga dipersetujui oleh Cohen dan Reddich (1981) bahawa kegagalan
sesuatu perniagaan itu adalah hasil daripada cara pemasaran yang salah.
Memandangkan usahawan dalam kajian ini berskala kecil, Tootelian dan Goedeka
(1985) pernah menyatakan bahawa sepatutnya mereka yang berkecimpung dalam
perniagaan yang begini mendapat kelebihan dalam aspek: perkhidmatan pelanggan
secara peribadi, pengetahuan tentang pelanggan dan pasaran, hubungan rapat
dengan komuniti, pendekatan secara peribadi dengan pekerja dan pengurusan yang
anjal. Malangnya usahawan bumiputera dalam kajian ini tidak menunjukkan
ciri-ciri yang positif dalam menguasai kemahiran pemasaran walaupun situasi
atau persekitaran yang disediakan mampu mengarah mereka ke arah keberkesanan
yang lebih tinggi. Malahan dalam senarai sepuluh kemahiran yang paling penting
mengikut persepsi usahawan hanya satu kemahiran sahaja berkaitan dengan pemasaran
iaitu 'menentukan keperluan pelanggan'. Pemeringkatan yang rendah kepada
aktiviti pemasaran oleh usahawan menunjukkan usahawan kurang faham dan tidak
memberi tumpuan yang cukup kepada usaha pemasaran yang penting untuk kejayaan.
Begitu juga dalam aspek kewangan, masalah utama usahawan Bumiputera ialah untuk
mengutip akaun boleh terima. Tate (1977) juga mendapati salah satu penyebab kepada kegagalan dalam
perniagaan ialah kegagalan usahawan mengutip akaun boleh terima. Pandangan ini
disokong oleh Diffley (1983) yang mendapati kemahiran 'mengutip akaun boleh
terima merupakan kemahiran yang paling penting untuk usahawan di Kansas. Aspek
lain yang ketara pentingnya dalam pengendalian perniagaan adalah pengurusan
kewangan, belanjawan dan penyediaan penyata aliran tunai.
Kesemua kemahiran ini amat diperlukan tetapi usahawan Bumiputera
tidak mempunyai keupayaan yang tinggi dalam hal ini. Kemahiran-kemahiran ini
adalah penting untuk menjamin kejayaan sesebuah perniagaan (Kiesner 1990).
Kepentingan kemahiran pemasaran dan kewangan ini tidak dapat dinafikan lagi.
Beberapa kajian lepas seperti oleh Mc Ewen (1990), Hess (1987) dan Clouse
(1990) telah merumuskan bahawa kedua-dua aspek ini berkait rapat. Misalnya
Clouse (1990) menyatakan bahawa kepentingan membuat keputusan dalam pemasaran
adalah amat tinggi bagi seseorang usahawan. Beliau juga menekankan kepentingan
aspek kewangan terutama untuk memahami aliran tunai dan menganalisis untung dan
rugi. Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspek jualan dan pemasaran
mendahului senarai utama tugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiran
pengurusan kewangan. Kohn (1985) pula percaya kegagalan perniagaan itu
disebabkan oleh kurang pengalaman usahawan dalam pengurusan, usahawan tidak
kompeten, kekurangan modal, strategi pemasaran yang salah, serta rekod dan
prosedur perakaunan yang tidak lengkap.
Memandangkan seramai 92% usahawan Bumiputera merasakan latihan keusahawanan adalah penting, dan mereka telah mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan itu perlulah bukan sekadar pendedahan sahaja tetapi mempelajari selok-beloknya. Seharusnya kemahiran keusahawanan yang penting dan perlu dikuasai dapat dipelajari secara formal atau tidak formal sebelum mula menceburkan diri lagi. Kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan penguasaannya secara beransur-ansur setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan.(www.research.blogspot.com) Di samping itu,Industri Kecil dan Sederhana (IKS) masih lagi bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi "lama," dan sekarang terpaksa pula menghadapi keperluan untuk menangani cabaran-cabaran yang membentuk rupa dan kandungan ekonomi dunia "baru". Kebanyakan cabaran itu adalah berkaitan dengan proses-proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Menurut Dr. Ragayah Mat Zin, profesor madya ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa sementara mereka yang berdaya ketahanan untuk terus hidup daripada kelembapan ekonomi terus bergelut dengan isu-isu yang sentiasa menghantui IKS, cabaran-cabaran baru pula telah muncul.Cabaran-cabaran itu, sebahagian besarnya di dalam bentuk perubahan pesat dalam teknologi, kesan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).Penerusan isu-isu "ekonomi lama" termasuklah masalah kekurangan modal, kekurangan sumber manusia, tahap teknologi yang rendah dan kawalan mutu yang lemah, prasarana perindustrian tidak mencukupi, dan kurang penggunaan bantuan kerajaan.''Di dalam persekitaran baru ini, kita boleh melihat IKS sebagai satu sumber pertumbuhan diperbaharui cuma jika mereka boleh menangani masalah-masalah kewangan mereka, mengatasi halangan-halangan sumber manusia mereka, menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi baru dan juga mengatasi kekurangan maklumat. Satu pendekatan penting bagi IKS untuk mengatasi cabaran-cabaran itu ialah menubuhkan ikatan strategik dengan pelbagai pihak. Memandangkan daya saingan semakin didefinisikan oleh teknologi utama, IKS Malaysia mestilah membangun keupayaan bagi menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi itu bagi kegunaan mereka sendiri. Sementara langkah ini akan menambah kepada masalah-masalah yang mereka telah hadapi, ia perlu diambil sekiranya mereka mahu meneruskan hidup di dalam pasaran ekonomi baru. (www.utusan.com.my)
Memandangkan seramai 92% usahawan Bumiputera merasakan latihan keusahawanan adalah penting, dan mereka telah mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan itu perlulah bukan sekadar pendedahan sahaja tetapi mempelajari selok-beloknya. Seharusnya kemahiran keusahawanan yang penting dan perlu dikuasai dapat dipelajari secara formal atau tidak formal sebelum mula menceburkan diri lagi. Kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan penguasaannya secara beransur-ansur setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan.(www.research.blogspot.com) Di samping itu,Industri Kecil dan Sederhana (IKS) masih lagi bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi "lama," dan sekarang terpaksa pula menghadapi keperluan untuk menangani cabaran-cabaran yang membentuk rupa dan kandungan ekonomi dunia "baru". Kebanyakan cabaran itu adalah berkaitan dengan proses-proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Menurut Dr. Ragayah Mat Zin, profesor madya ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa sementara mereka yang berdaya ketahanan untuk terus hidup daripada kelembapan ekonomi terus bergelut dengan isu-isu yang sentiasa menghantui IKS, cabaran-cabaran baru pula telah muncul.Cabaran-cabaran itu, sebahagian besarnya di dalam bentuk perubahan pesat dalam teknologi, kesan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).Penerusan isu-isu "ekonomi lama" termasuklah masalah kekurangan modal, kekurangan sumber manusia, tahap teknologi yang rendah dan kawalan mutu yang lemah, prasarana perindustrian tidak mencukupi, dan kurang penggunaan bantuan kerajaan.''Di dalam persekitaran baru ini, kita boleh melihat IKS sebagai satu sumber pertumbuhan diperbaharui cuma jika mereka boleh menangani masalah-masalah kewangan mereka, mengatasi halangan-halangan sumber manusia mereka, menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi baru dan juga mengatasi kekurangan maklumat. Satu pendekatan penting bagi IKS untuk mengatasi cabaran-cabaran itu ialah menubuhkan ikatan strategik dengan pelbagai pihak. Memandangkan daya saingan semakin didefinisikan oleh teknologi utama, IKS Malaysia mestilah membangun keupayaan bagi menerima pakai dan menyesuaikan teknologi-teknologi itu bagi kegunaan mereka sendiri. Sementara langkah ini akan menambah kepada masalah-masalah yang mereka telah hadapi, ia perlu diambil sekiranya mereka mahu meneruskan hidup di dalam pasaran ekonomi baru. (www.utusan.com.my)
Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan
domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi
negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan
lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan
memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada
untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah
dikenalpasti :-
· Untuk
memperbaiki sistem sokongan institusi
· Untuk
memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan
· Untuk
menaiktaraf kemahiran teknologi
· Untuk
mempertingkatkan akses pasaran
· Untuk
menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan
· Untuk
menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah
Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi
untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam
pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga
mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk
membolehkan IKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk
mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu
industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih
besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di
dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan
menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan
korporat dan antarabangsa.
Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi
kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar. Kerajaan melalui
pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program
untuk menyokong pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar. Ini
bertujuan untuk menggalakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan
IKS luar bandar kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar adalah dalam bentuk program yang
dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah bagi
pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan
mendidik bakal usahawan.
Bagi memastikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar
terus berdaya maju, pelbagai langkah turut diatur oleh kerajaan untuk membantu
IKS meningkatkan kejayaan mereka. Sesebuah IKS akan maju jika diberi
pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh
kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi
negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada
setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang
perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu
perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar dapat membangunkan perusahaan mereka terutamanya kepada
perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk berkembang sehingga ke
tahap global.
Disamping itu juga, pinjaman yang disediakan membantu untuk
membuka peluang kepada golongan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar
yang sedia ada mengembangkan perniagaan mereka selain dapat memenuhi keperluan
dalam memulakan perniagaan baru. Sebagaimana yang kita telah ketahui, Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar sering dikaitkan dengan kekurangan dana
untuk membeli teknologi. Bagaimanapun, ini semua akan berubah dengan adanya
bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada IKS luar bandar. Hasrat
kerajaan untuk melihat IKS luar bandar terus berkembang maju menyebabkan
pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam jumlah yang
lebih banyak. Usaha ini secara tidak langsung akan membantu memberi impak yang
positif kepada ekonomi Negara.
Kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam membangunkan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar menerusi pelbagai program dan
aktiviti. Dalam usaha ke arah mewujudkan dan membangunkan usahawan yang dinamik
dan berpengetahuan, kerajaan telah menganjurkan kursus dan latihan kepada IKS
terutamanya untuk usahawan yang berpotensi dan sedia ada. Kursus dan latihan
yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja
untuk memastikan IKS luar bandar memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan
berpengetahuan terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat dalam
kursus dan latihan ini kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA, kerana
agensi ini amat memberi peranan dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk
usahawan IKS, seperti kursus dan latihan pembungkusan, kewangan, kepimpinan,
pengurusan, dan sebagainya. Walaupun mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan
IKS tidak mungkin berjaya sekiranya tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran
dalam menguruskan perusahaan.
Dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, pekerja
dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Kursus dan latihan
yang disediakan penting bagi membolehkan sesebuah organisasi berkembang menjadi
syarikat yang berjaya dalam peringkat domestik serta dapat melangkau ke
peringkat serantau dan global. Dengan melihat kepada segala keperluan IKS luar
bandar dari segi kewangan dan kemahiran, kerajaan turut menawarkan khidmat
nasihat perniagaan yang komprehensif kepada IKS luar bandar supaya IKS ini
mendapat khidmat nasihat yang berkualiti tinggi dan lebih baik berbanding
sebelumnya terutamanya dalam bidang pemasaran, pengurusan dan operasi.
Perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada IKS luar bandar adalah dalam semua
peringkat kitaran perniagaan bagi membantu mereka berkembang dan mencapai kecemerlangan
dalam aktiviti perniagaan. Terdapat beberapa agensi yang menyediakan khidmat
nasihat kepada IKS. Antaranya ialah seperti SMIDEC, MARDI dan MARA. Tujuan
khidmat nasihat ini disediakan adalah dengan tujuan untuk memberi panduan
kepada IKS luar bandar tentang cara menguruskan perniagaan dengan lebih baik
terutamanya dalam persekitaran kos yang semakin meningkat dan lebih sukar pada
masa kini.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini boleh
mendapatkan khidmat nasihat dengan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang
berkesan untuk menguruskan perniagaan dan secara tidak langsung membantu bagi
mengukuhkan operasi perniagaan IKS. Selain itu, Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) luar bandar boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai bagi menangani
masalah yang dihadapi dalam perniagaan dan memperbaiki proses pengurusan.
Dengan adanya khidmat nasihat tersebut, pengusaha IKS akan lebih bermotivasi
dalam menjalankan perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif
untuk diaplikasikan dalam perniagaan pada masa depan.
Untuk mengembangkan lagi perniagaan IKS, kerajaan turut
menyediakan infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertumbuhan IKS
terutamanya kepada IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan
ialah kilang dan bengkel, penyediaan subsidi tanah, subsidi mesin
dan subsidi pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan adalah dengan
tujuan untuk memberi keselesaan dan memudahkan lagi proses perniagaan IKS
dijalankan. Malah kemudahan tersebut juga memberi peransang kepada IKS luar
bandar dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan organisasi.
Sebagai contoh, melalui penyediaan tanah oleh kerajaan, pengusaha IKS boleh
memanfaatkan kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan atau
sebagai tempat untuk menghasilkan bahan mentah sendiri. Dengan itu, pengusaha
dapat mengurangkan kos di mana sekiranya IKS sudah mempunyai tapak atau bahan
mentah sendiri maka pengusaha tidak perlu lagi mengeluarkan dana untuk membayar
sewa dan kos untuk bahan mentah. Dari segi penggunaan mesin pula ia boleh
meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, dimana ia amat
mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan. Dari segi pengangkutan
pula ia memudahkan untuk ke satu kawasan ke kawasan yang lain, dimana ia amat
membantu dalam penghantaran bekalan dan memperolehi bekalan dengan cara yang
lebih berkesan.Oleh yang demikian, penting bagi kerajaan untuk memberikan
komitmen sebenar ke arah memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar.
Antara lain langkah dan dorongan yang telah kerajaan salurkan
kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini
adalah dengan menyediakan pembiayaan dan geran. Kerajaan menawarkan pelbagai
bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui
agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
1. Geran dan Insentif
Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha
IKS:
. Skim
kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
. Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)
. Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
. Perbadanan
Produktiviti Negara (NPC)
. Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
. Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
. Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
. Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
. Kementerian
Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB)
. Skim geran
penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
2. Skim Khas Bank Negara
Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan
Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk
memperolehi pembiayaan.
3. Pinjaman
Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha
IKS:
. Institusi
kewangan kerajaan
. Bank
komersial
. Syarikat
kewangan
4. Program Latihan dan Pembangunan
Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan
kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS.
. Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
. Majlis
Amanah Rakyat
(MARA)
. Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
5. Khidmat Nasihat dan Perundingan
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS
boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan
beberapa badan yang lain.
. Khidmat
nasihat dan sokongan teknikal
. Panel
penasihat pakar EKS (SEAP)
. Skim
khidmat pakar perunding MARA
. Bahagian
pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI)
. Seksyen
pembangunan industri kecil dan sederhana
. UKM Pakar
Runding Sdn Bhd
. Persatuan
IKS Malaysia
6. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana
(SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS.
Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini
menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha
IKS.
a) Program rantaian industri
b) Program pembekal global
c) Program peningkatan kemahiran
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan
untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar
bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah
program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:
a) Latihan Keusahawanan
b) Skim Latihan perintisan
c) Program promosi pemasaran
8. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan
agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera.
Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh
MECD:
a) Latihan asas perniagaan (LAP)
b) Latihan Asas Keusahawanan Siswazah
c) Program pemasaran bersepadu perabot
d) Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian
Latihan Keusahawanan
e) Kursus Keusahawanan Institut
Keusahawanan Negara (INSKEN)
f) Program Latihan Anjuran Bahagian
Francais dan Vendor
Konklusinya,
terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada
masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya
membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan
kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada
barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata
dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan
sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah.
Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta,
masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini.
Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan
sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran
IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada
antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan.
RUJUKAN UTAMA
Abdul Aziz Ab. Latif, Mohd
Abdullah Jusoh, Mohd Azlan Yahya, Osman Jusih, Syhira Hamidun,Asas
Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan Sederhana, 2011, Universiti Malaysia
Kelantan
Rujukan Tambahan Internet
Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
ReplyDeleteLucky Creek Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteView and 서산 출장안마 compare reviews, location 충청남도 출장샵 information, photos and ratings for Lucky Creek Casino & Hotel in Lemoore, 광양 출장마사지 LA. 문경 출장마사지 충청남도 출장샵 Lucky Creek Casino.